Wednesday 1 February 2012

Islam VS Liberal , Apakah ituh? part 1

Islam VS Liberal ,islam Liberal, apakah itu ?

Islam liberal itu apa erk?

Secara ringkasnya, Liberal itu adalah bebas, tidak mengikut tunjuk atur dan mengikut kemahuan sendiri.
Islam pula kita melihat secara definisinya adalah mengikut peraturan, patuh, taat kepada suruhan Allah melalui rasulNya Muhammad SAW.

Daripada definisinya sahaja kita boleh melihat bahawa kedua perkataan itu tidak saling selari, dari sini saja kita boleh melihat kebatilan ajaran ini sebelum kita melihat dari sisi Al quran dan Sunnah Rasul yang sahih.
Ingin tahu apa yang diperjuangkan dalam Islam Liberal ni? Mari baca. 

Sunday 15 January 2012

nasihat Luqman kepada anak nya

Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah daripada kejahatan diri-diri kami dan keburukan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menye-satkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Aku bersaksi bahwasanya tidak ada sesembahan yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah saja, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya.
Sesungguhnya perkataan yang paling benar adalah kitabullah. Dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad SAW. Dan seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan. Dan semua yang diada-adakan adalah bid’ah. Dan semua bid’ah adalah sesat. Dan semua kesesatan adalah di dalam neraka—HR Imam Al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab Solat Al-’Idain, no.1560
 Amma ba’du:
Semua orang tidak asing dengan nama Luqman Hakim atau dengan nama sebenarnya  Luqman yang bijaksana yang tercatat kisahnya didalam Al Qur’an. Beliau merupakan seorang yang soleh dan hamba yang baik terhadap Rabbnya. Adapun kisah yang menyatakan bahawa Luqman ini merupakan seorang lelaki berkulit hitam dan dia adalah saudara kepada para nabi merupakan satu dakwaan yang tidak berasas, tidak ada nas dari Al-Qur’an atau hadits yang sahih yang menceritakan hal ini. Adalah tidak menjadi satu persoalan penting untuk dibincangkan tentang siapakah Luqman ini kerana di dalam Al– Quran tidak sama sekali menghuraikan persoalan tersebut. Maka, tidaklah memberi kesan kepada pegangan aqidah atau bertambah keimanan seseorang itu jika ia mengetahui biodata Luqman.

Berbalik kepada fokus utama risalah ini. Berikut ini merupakan nasihat pertama Luqman terhadap anaknya, yang dipetik dari ayat 12-15, Surah Luqman, surah ke- 31:
31:12. Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmah kepada Lukman, yaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barang siapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barang siapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji".



 31:13. Dan (ingatlah) ketika Lukman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan (Allah) sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kelaliman yang besar".

31:14. Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu.

31:15. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

Konteks ayat yang mulia ini membicarakan penetapan tauhid dan ancaman - ancaman kepada mereka yg berbuat syirik. Pada awal ayat ini, Allah menerangkan bahawa Luqman diberi hikmah iaitu pemahaman didalam agama dan kebenaran dalam menghadapi masalah. Allah juga berfirman dalam ayat ini supaya bersyukur dan menjanjikan ganjaran kepada sesiapa yang bersyukur. Inilah wasiat-wasiat yang bermanfaat daripada Luqman Al- Hakim yang telah Allah Subhanahu WaTa’ala ceritakan di dalam ayat-ayat-Nya:
“Wahai anakku! Janganlah kamu mempersekutukan (Allah), sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar". [QS Luqman:13].
Maksud daripada ayat tersebut adalah bahawasanya Luqman Al-Hakim telah mewasiatkan kepada anaknya supaya berhati-hati dengan tidak berbuat syirik dalam beribadah kepada Allah. Misalnya dengan berdoa kepada orang-orang yang telah mati atau berdoa kepada makhluk- makhluk ghaib.
Nasihat ini merupakan nasihat yang penting bagi kaum muslimin dimana ia menyentuh pokok aqidah kaum muslimin iaitu tentang bahaya syirik. Pengajaran lain yang kita boleh dapati daripada ayat ini adalah dosa yang paling besar bagi seorang hamba kepada Rabb nya  adalah syirik kepada Allah. Luqman menegaskan kepada anaknya bahawa syirik ini merupakan satu kezaliman yang paling besar
 “Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.” [QS. Luqman: 14]
Dalam ayat ini, Luqman Al-Hakim menggandingkan wasiat kepada anaknya untuk berbakti kepada kedua orang tua dengan wasiat untuk beribadah kepada Allah Subhanahu WaTa’ala kerana besarnya hak kedua-dua orang tua tersebut. Bagaimana tidak, orang tuanya telah mengandungkannya dengan susah payah sementara bapanya memenuhi nafkah keluarga. Oleh kerana itu, wajib bagi seorang anak untuk bersyukur kepada Allah Subhanahu WaTa’ala dan juga kepada kedua orang tuanya.
“Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, …” [QS. Luqman: 15]
Ibnu Katsir rahimahullah  ketika mentafsirkan ayat di atas berkata, jika kedua-dua orang tua berkeras supaya kamu mengikuti din (kepercayaan) keduanya (y.i kufur) maka janganlah kamu ikuti. Tetapi hal tersebut tidak harus menghalangi kamu daripada melayani mereka di dunia secara baik. Dan ikutilah jalan orang-orang mu’min. Dalil yang lebih memperkuat lagi kenyataan ini adalah sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang bermaksud: “Tidak ada ketaatan kepada seorang pun di dalam kederhakaan kepada-Ku, hanyalah bai’at itu di dalam yang ma’ruf.” [HR Bukhari dan Muslim].
Ayat yang mulia ini juga mengajar kita satu lagi pengajaran, iaitu betapa pentingnya berbuat baik terhadap kedua-dua orang tua. Selain daripada ayat ini, banyak lagi ayat– ayat dan hadis yang sahih tentang keutamaan berbakti kepada orang tua. Dapat disimpulkan bahawa dosa kedua terbesar selepas mensyirikkan Allah adalah menderhakai orang tua. Hal ini dapat dilihat dari ayat di atas, dimana selepas Luqman menasihati anaknya supaya jangan mensyirikkan Allah, Luqman juga manggandingkan wasiat kedua dengan berbakti kepada orang tua.
Demikian saya nukilkan beberapa nasihat dari Luqman Al-Hakim kepada anaknya. Lihatlah betapa Luqman telah menasihati anaknya dengan sebaik-baik nasihat sehingga Allah merakamkan nasihat ini di dalam Al-Qur’an. Dalam ayat ini terkandung pengajaran yang besar untuk semua kaum muslimin, bukan hanya sekadar nasihat daripada seorang ayah terhadap anaknya, tetapi nasihat ini berlaku untuk kaum muslimin keseluruhannya. Semoga nukilan ini bermanfaat bagi saya dan bagi seluruh kaum muslimin untuk saling mewasiatkan perkara-perkara yang dicintai dan diredhai oleh Allah ‘azza wa jalla sebagaimana nasihat Luqman Al-Hakim di atas
 terhadap anaknya. Dan semoga Allah ‘azza wa jalla menjadikannya ikhlas semata mengharap wajah-Nya. Amin yaa Robbal ‘Alamin

Maroji’ (kitab rujukan):
Tafsir al Aisar
Tafsir ibnu Katsir (Nama lengkapnya adalah Abul Fida’, Imaduddin Ismail bin Umar bin Katsir al-Qurasyi al-Bushrawi ad-Dimasyqi, lebih dikenal dengan nama Ibnu Katsir. meninggal dunia pada tahun 774 H )
Kaifa Nurabbi Aulaadana [hal. 5-8 dalam sub judul: Washaya Luqman al hakim li ibnihi]. Syaikh Muhammad bin Jamil Zainu